Tuesday 24 January 2012

TEKA TEKI IMAM GHAZALI R.A

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu
beliau bertanya (Teka Teki ) :
 Imam Ghazali = 
” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling
dekat dengan kita ialah MATI. 
 Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati 
( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = 
” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar 
adalah MASA LALU. 
Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan
dapat kembali ke masa yang lalu. 
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok d
an hari-hari yang akan datang 
dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Iman Ghazali =
” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah 
 HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). 
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu 
kita membawa ke neraka.”
IMAM GHAZALI
”Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah 
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). 
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika 
Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi 
permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke
neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali =
” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang palin
g ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT .
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali =
” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali 
didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. 
Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati 
dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

No comments:

Post a Comment